| Untuk menulis file yang berbentuk teks ( .txt), perisian yang popular adalah wordpad atau notepad. Perisian ini amat berguna ketika menyuntingkan sesuatu yang tidak memerlukan hiasan seperti memasukkan gambar, mencantikkan tulisan dan sebagainya. Tetapi bagaimana pula jika hendak menyunting file yang berkaitan dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan web seperti file html (.html), cascade style sheets(.css) dan pelbagai kod program yang menggunakan teks ringkas? Sudah tentu sukar sekali jika menggunakan perisian notepad windows.
Notepad2 adalah alternatif kepada notepad windows. Ia bukan perisian notepad yang selalu anda gunakan. Kepada yang selalu menyunting laman web, Notepad2 sesuai untuk anda. Jika membuka file html menggunakan Notepad2, setiap tag html akan bertukar warna yang akan menyenangkan anda mengenalpasti yang mana tag html dan yang mana kandungan web anda. Dengan fungsi zoom-in atau zoom out, saiz tulisan dapat ditukar dengan mudah. Dengan ini, jika tulisan sukar dilihat, cuma klik butang zoom-in, sekelip mata sahaja tulisan akan dibesarkan ke saiz yang mudah dilihat dan dibaca. Nombor baris juga dipaparkan supaya anda tidak tersesat semasa menyunting file yang agak besar.
Untuk menggunakan perisian ini, lawati halamannya di sini (http://www.flos-freeware.ch/notepad2.html). Unzipkan menggunakan perisian 7-zip atau mana-mana perisian seumpamanya. Pindahkan folder Notepad2 yang terhasil itu ke mana-mana folder yang anda suka. Program utama Notepad2 adalah seperti imej di bawah.

"Double click" dan perisian Notepad2 sedia untuk digunakan. Di bawah ini, diterangkan cara untuk menggantikan notepad kepada Notepad2. Cara ini akan membolehkan setiap kali file text(.txt) dibuka, secara automatik Notepad2 akan dibuka.
1. Pilih mana-mana file teks(.txt) yang ingin dibuka.
2. Klik kanan file yang diingin dibuka.
3. Pilih "Open with" > "Choose program…"

4. Apabila tetingkap "Open With", klik "Browse…" dan pilih destinasi di mana anda menyimpan perisian Notepad2.

5. Setelah kembali ke tetingkap "Open with..", pilih option "Always use the selected program to open this kind of file".

6. Klik "OK" dan dengan ini, notepad2 telah menjadi perisian utama untuk file teks(.txt). |