Photoscape
| Rencana berkaitan:- Picasa |
![]() |
|
Di rencana Picasa, saya pernah memberikan sedikit pengenalan mengenai perisian untuk menyunting imej dan foto. Kali ini saya ingin memperkenalkan satu lagi perisian untuk tujuan yang sama iaitu Photoscape. Tapi perisian ini sebenarnya lain dari yang lain.
Photoscape diperkenalkan oleh kawan korea saya yang bekerja satu pejabat. Pada permulaannya, perisian ini hanya mempunyai versi bahasa korea kerana ianya dibangunkan oleh bangsa korea. Walaubagaimanapun, baru-baru ini, perisian ini telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan dengan ini pengguna antarabangsa mula menggunakan Photoscape. Opps.. lupa nk bagitau, sudah tentu perisian ini PERCUMA. Setelah memuat-turun dan menggunakan Photoscape, saya mula meneroka segala fungsi yang terdapat pada Photoscape. Apa yang begitu memeranjatkan saya ialah, perisian ini "terlalu bagus" walaupun ianya percuma!. Di bawah adalah satu contoh gambar yang disunting menggunakan Photoscape. Cuba teka berapa lama masa yang digunakan untuk menghasilkannya? CUMA 5 MINIT!. Saya rasa saya tidak perlu menulis panjang untuk memperkenalkan perisian ini kerana sesiapa sahaja pasti teruja selepas mencuba Photoscape.
|


February 19th, 2008 at 9:12 pm
baguish nye
….nk blajarla
February 26th, 2008 at 3:23 pm
owh alang n abg usop… baguih betoi mende nih.. la ni aku da tao la camane nak edit gamba cam ko lang… nnt yer aku tgh dok blaja nih…