Archive for July, 2007
Monday, July 30th, 2007
Rencana berkaitan:-
Internet-webhosting
Bluehost
Vodahost |
|
|
Exabytes merupakan pengendali webhosting yang unggul di Malaysia. Syarikat ini telah lama bertapak dan mempunyai asas yang kukuh. Selain pakej yang ditawarkan adalah murah dan menarik bantuan teknikal(help desk) mempunyai banyak maklumat yang boleh digunapakai oleh penggunanya.
Di samping shared hosting, vps dan dedicated server, Exabytes menawarkan Ebox - eCommerce in a Box. Pakej ini disertakan dengan pelbagai perisian yang berguna bagi memulakan perniagaan. Dengan Site Builder yang mempunyai ciri mesra pengguna akan memudahkan pembinaan laman yang bermutu tinggi seperti dibina oleh profesional. Tools untuk eCommerce seperti online catalog, product details, shopping cart dan banyak lagi juga boleh disertakan. Photo Gallery, Web Blogger, Newsletter, Events Calendar Contact Form adalah antara terkandung di dalam Ebox ini.
Dari segi teknikal pula, Exabytes mempunyai 3 data center iaitu Data 393(Colorado, USA), The Planet(Texas, USA) dan TM Net Data Center(Cyber Jaya, Malaysia). Lain-lain informasi mengenai server pula boleh dilayari di laman web Exabytes yang boleh di akses di sini dan pilih pakej yang sesuai untuk anda. |
Posted in Webhosting | No Comments »
Wednesday, July 25th, 2007
Rencana berkaitan:-
7-zip File Manager(bahagian 1)
Di bahagian 1 yang lepas, saya telah memberikan contoh untuk unpacking (unzip) file .zip(dot zip). Rencana hari ini, adalah sebaliknya iaitu menukar dari folder biasa kepada bentuk .zip.
Sila rujuk panduan dibawah.
1. Buka perisian 7-zip File Manager.
2. Pilih folder yang ingin dijadikan bentuk .zip. Klik Add.

3. Tetingkap "Add to Archive" akan dipaparkan. Di bahagian "…", anda boleh menukarkan destinasi penyimpanan jika mahu. Jika tiada tukaran dibuat, file .zip akan disimpan di bawah folder yang sama dengan folder asal tadi. Pilih "Zip" di drop-down menu Archive format. Klik OK.

4. Dialog yang menunjukkan perjalanan proses akan dipaparkan sebentar. Setelah selesai, file test.zip(yang mempunyai ikon folder berzip) akan dihasilkan di dalam folder destinasi yang anda pilih di langkah 3. Selamat mencuba!
 |
Posted in Utilities | No Comments »
Friday, July 20th, 2007
Winzip(berbayar) adalah perisian yang selalu digunakan untuk "unpacking (unzip)" file yang dimampatkan(compressed). Tahukah anda bahawa ada perisian lain yang diedarkan secara percuma berasaskan sumber terbuka? Perisian yang dimaksudkan adalah 7-zip. Bukan setakat file .zip(dot zip) yang boleh dikendalikan, file-file seperti yang disenaraikan di bawah boleh dikendalikan juga.
Packing / unpacking: 7z, ZIP, GZIP, BZIP2 and TAR
Unpacking only: RAR, CAB, ISO, ARJ, LZH, CHM, Z, CPIO, RPM, DEB and NSIS
Muat-turun perisian 7-zip dari sini dan pasangkan mengikut wizard yang dipaparkan.
Untuk unpacking(unzip) file .zip, sila rujuk panduan di bawah.
1. Buka perisian 7-zip File Manager.
2. Pilih file yang ingin diunpack(unzip). Klik "Extract". [contoh : file test.zip]

3.Apabila tetingkap "Extract" dipaparkan, di bahagian "Extract to:", pilih destinasi folder yang diingini. Klik OK.

4. Pergi ke folder yang ditetapkan dilangkah 3. Nama file yang sama seperti nama asal file .zip akan dapat dilihat. Kemudian, sambunglah kerja adalah seperti biasa .
|
Posted in Utilities | 2 Comments »
Saturday, July 14th, 2007
|
|
Rencara berkaitan:-
osCommerce
Sebelum ini, saya pernah menulis mengenai osCommerce. Sebenarnya Zen Cart berasal dari osCommerce. Ianya dibangunkan oleh sebahagian komuniti yang menghasilkan osCommerce. Zen Cart adalah shopping cart system mempunyai pelbagai fungsi. Antara fungsinya yang memudahkan pemilih kedai online ialah sistem pengurusan produk, tempahan dan pelanggan. Dari segi paparan web pula, ianya boleh memaparkan produk istimewa(featured product) dan best seller. Pelanggan juga boleh menulis review serta memberitahu kawan(tell a friend).
Walaupun osCommerce amat mudah difahami oleh pengguna baru, Zen Cart mempunyai kelebihan yang lain di mana ianya mudah diubahsuai oleh pengguna serta mesra enjin pencari(search engine). Di kod html file utama <title>, osCommerce hanya memaparkan nama kedai di semua muka surat produk yang dipaparkan. Ini bermakna jika kedai online anda tidak dikenali ramai, agak sukar untuk mendapatkan hit dari enjin pencari. Adakah pembeli memasukkan kata kunci nama kedai jika mencari produk di internet? Tentunya tidak!. Tetapi Zen Cart memaparkan nama produk di bahagian <title> setiap muka surat. Jadi, ini akan mudah dicari oleh enjin pencari yang menitik beratkan unsur di bahagian <title>. (Selain <title>, enjin pencari juga menitik beratkan unsur <h1>, <strong> dan sebagainya).
Exabytes dan internet-webhosting.com adalah antara pengendali webhosting yang menyediakan Zen Cart untuk pelanggannya melalui fantastico. (Sebagai rujukan di vodahost, template osCommerce(bukan Zen Cart) percuma disediakan untuk setiap pelanggan yang menggunakan webhosting mereka) Dengan Zen Cart, anda boleh menjadi "tokey" sebuah kedai online sehebat amazon.com. |
Posted in Web Server, Webhosting | No Comments »