Rencana berkaitan:-
Panduan memilih webhosting
Sekadar berkongsi sedikit ilmu untuk semua. Di sini saya ingin menulis mengenai bagaimana merancang laman web pertama anda supaya laman web anda dapat berada di online secepat yang mungkin. Membina laman web pertama adalah satu kerja yang cukup mencabar serta boleh melunturkan semangat dengan senang. Di mana saya perlu mulakan? Apa yang patut saya buat? Tidak sepatutnya jadi sebegini, membina laman web boleh menyeronokkan, memberi pengalaman yang bagus jika mengikuti sedikit panduan yang ditulis di bawah ini.
Perkara pertama yang anda perlu buat sebelum mulakan ialah takrifkan(fokuskan) laman web anda. Apa yang anda inginkan laman web buat untuk anda? Jangan terus mula membina laman web, Fikir dalam-dalam. Anda perlu fikir bagaimana laman web anda ingin dilihat oleh pengunjung, apakah maklumat yang anda ingin paparkan supaya pelawat membeli barangan anda(jika laman web anda menjual barangan).
Pastikan anda well-organized, fikirkan seperti kandungan dalam sebuah buku, jadi apabila pelawat datang berkunjung, mereka tahu ke mana hendak pergi dan tidak sesat. Perkara terakhir ketika mentakrif laman web adalah kunjungi mana-mana laman web yang anda suka atau laman web pesaing anda Dengan ini, anda boleh membina laman web yang lebih bagus, samada bagus dari segi informasi atau dari segi designnya sendiri.
Sekarang fikirkan nama yang sepadan dengan kandungan laman web anda. Pelbagai faktor boleh diambil kira untuk penamaan ini, sebagai contoh yang mudah, guna nama syarikat anda. Syarikat Nike menggunakan nama nike.com. Atau laman web ini sendiri menggunakan nama ilmu-cyber.com kerana tujuan laman ini dibinakan adalah untuk memberi pengetahuan mengenai internet dan software. Satu lagi, gunaan nama yang pendek dan mudah supaya pelawat mudah menaipnya ke dalam address di browser.
Gambar-gambar yang ingin diuploadkan mestilah mempunyai saiz yang tidak besar. Gunakan perisian seperti ifranview untuk mengecilkan saiz gambar supaya pelawat tidak tertunggu-tunggu untuk melihat laman anda. Awas! lebih besar gambar yang anda uploadkan, lebih lama masa yang diambil untuk paparan di browser. Faktor web yang "berat" adalah faktor utama yang menyebabkan pelawat tidak ingin kembali. Tiada perkara bagus untuk laman web yang "fancy" dan berat, selain menyebabkan pelawat menutup browser dan pergi ke tempat lain.
Fikir juga mengenai jenis font dan warnanya. Jangan lupa warna latar belakang laman web anda juga. Jika masih tidak dapat membuat keputusan, font hitam dan latarbelakang putih patut menjadi pilihan kerana 2 warna ini telah digunakan di merata tempat selama beratus tahun.
Laman web hendaklah senang dilayari dengan meletakkan link yang senang dilihat. Link juga patut disertai dengan sedikit penjelasan yang membolehkan pelawat tahu ke mana mereka akan dibawa setelah link diklik. Fikirkan sedikit gambar yang akan dimasukkan dan letakkannya dikedudukan yang paling efektif.
Setelah semua lengkap, barulah anda boleh mula merekabentuk laman web menggunakan perisian. Dreamweaver memerlukan 2-3 bulan dan frontpage memerlukan 1 bulan untuk dipelajari. KompoZer juga boleh digunakan. Ia adalah percuma serta mudah digunakan. Sudah tentu tidak perlu meluangkan masa yang lama untuk mempelajarinya. |