Shared webhosting

JENIS WEBHOSTING BAHAGIAN 1
 
1. SHARED HOSTING

     Shared hosting juga dikenali sebagai budjet hosting kerana hanya kos yang rendah untuk memilikinya. Jenis web-hosting ini dipanggil shared hosting berdasarkan cirinya iaitu lebih dari satu pengguna berkongsi satu server. Mungkin ada yang tidak percaya jika saya katakan kebanyakan server dimuatkan lebih dari 200 pengguna pada sesuatu masa.
     Disebabkan sifat hosting ini adalah satu perkongsian, resource seperti memori dan cpu(Central Processing Unit) dikongsi bersama, apabila salah satu laman web pengguna menerima kunjungan yang tinggi atau menggerakkan program yang menggunakan memori yang banyak, semua pengguna akan menerima kesannya iaitu, server akan sukar di akses oleh pelawat termasuk penyewa itu sendiri. Selain itu, pengguna shared hosting mempunyai kawalan terhad terhadap pelayan. Sebagai contoh, pengguna tidak boleh menukar versi MySQL(pelayan pengkalan data), menghidupkan atau menghentikan Apache(web server) mengikut sesuka hati.
     Walaubagaimanapun, setiap pengguna dibekalkan dengan control panel yang membolehkan pengguna membuka akaun email yang baru, menambah jadual pengkalan data, melihat kadar trafik, menguruskan file-file yang telah diuploadkan ke pelayan dan lain-lain. Shared hosting sesuai untuk orang perseorangan dan syarikat-syarikat kecil(kurang 10org pekerja) serta mempunyai kadar trafik yang rendah.

Antara webhosting yang menawarkan shared webhosting adalah bluehost(USA), hostgator(USA), internet-webhosting(malaysia) dan exabytes(malaysia).

 

3 Responses to “Shared webhosting”

  1. Setapak ke arah Profesional » Blog Archive » Virtual Private Server Says:

    […] Setapak ke arah Profesional Internet dan software « Shared webhosting […]

  2. Setapak ke arah Profesional » Blog Archive » Panduan memilih webhosting Says:

    […] Rencana berkaitan:- SHARED HOSTING VIRTUAL PRIVATE SERVER DEDICATED SERVER […]

  3. Setapak ke arah Profesional » Blog Archive » Exabytes Says:

    […]      Exabytes merupakan pengendali webhosting yang unggul di Malaysia. Syarikat ini telah lama bertapak dan mempunyai asas yang kukuh. Selain pakej yang ditawarkan adalah murah dan menarik bantuan teknikal(help desk) mempunyai banyak maklumat yang boleh digunapakai oleh penggunanya.      Di samping shared hosting, vps dan dedicated server, Exabytes menawarkan Ebox - eCommerce in a Box. Pakej ini disertakan dengan pelbagai perisian yang berguna bagi memulakan perniagaan. Dengan Site Builder yang mempunyai ciri mesra pengguna akan memudahkan pembinaan laman yang bermutu tinggi seperti dibina oleh profesional. Tools untuk eCommerce seperti online catalog, product details, shopping cart dan banyak lagi juga boleh disertakan. Photo Gallery, Web Blogger, Newsletter, Events Calendar Contact Form adalah antara terkandung di dalam Ebox ini.      Dari segi teknikal pula, Exabytes mempunyai 3 data center iaitu Data 393(Colorado, USA), The Planet(Texas, USA) dan TM Net Data Center(Cyber Jaya, Malaysia). Lain-lain informasi mengenai server pula boleh dilayari di laman web Exabytes yang boleh di akses di sini dan pilih pakej yang sesuai untuk anda. […]

Leave a Reply