FFFTP

August 25th, 2007
Rencana berkaitan:-
KompoZer

     Kepada webmaster, mungkin perisian ini tidaklah sehebat seperti perisian filezilla atau fungsi ftp dalam Dreamweaver. Tetapi kepada pengguna yang baru berjinak-jinak dengan pembinaan web, perisian FFFTP adalah perisian yang mudah difahami. Sudah tentu perisian ini adalah perisian percuma.
     Perisian FFFTP ini dibangunkan di Jepun. Walaupun nama perisian ini tidak popular di luar jepun, ianya memiliki nama yang cukup dikenali di kalangan webmaster di Jepun. Kebanyakan web hosting di jepun menyediakan manual cara menggunakan FFFTP yang tersendiri. FFFTP pernah memenangi anugerah Online Software Prize 2002 di Jepun kerana ciri perisian ini yang mesra pengguna serta mempunyai fungsi yang hebat.
    Saya sendiri menggunakan perisian ini dan setakat ini saya berpuas hati dengannya.

ffftp

Notepad2

August 13th, 2007
     Untuk menulis file yang berbentuk teks ( .txt), perisian yang popular adalah wordpad atau notepad. Perisian ini amat berguna ketika menyuntingkan sesuatu yang tidak memerlukan hiasan seperti memasukkan gambar, mencantikkan tulisan dan sebagainya. Tetapi bagaimana pula jika hendak menyunting file yang berkaitan dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan web seperti file html (.html), cascade style sheets(.css) dan pelbagai kod program yang menggunakan teks ringkas? Sudah tentu sukar sekali jika menggunakan perisian notepad windows.

     Notepad2 adalah alternatif kepada notepad windows. Ia bukan perisian notepad yang selalu anda gunakan. Kepada yang selalu menyunting laman web, Notepad2 sesuai untuk anda. Jika membuka file html menggunakan Notepad2, setiap tag html akan bertukar warna yang akan menyenangkan anda mengenalpasti yang mana tag html dan yang mana kandungan web anda. Dengan fungsi zoom-in atau zoom out, saiz tulisan dapat ditukar dengan mudah. Dengan ini, jika tulisan sukar dilihat, cuma klik butang zoom-in, sekelip mata sahaja tulisan akan dibesarkan ke saiz yang mudah dilihat dan dibaca. Nombor baris juga dipaparkan supaya anda tidak tersesat semasa menyunting file yang agak besar.

     Untuk menggunakan perisian ini, lawati halamannya di sini (http://www.flos-freeware.ch/notepad2.html). Unzipkan menggunakan perisian 7-zip atau mana-mana perisian seumpamanya. Pindahkan folder Notepad2 yang terhasil itu ke mana-mana folder yang anda suka. Program utama Notepad2 adalah seperti imej di bawah.
                                  notepad

     "Double click" dan perisian Notepad2 sedia untuk digunakan. Di bawah ini, diterangkan cara untuk menggantikan notepad kepada Notepad2. Cara ini akan membolehkan setiap kali file text(.txt) dibuka, secara automatik Notepad2 akan dibuka.

1. Pilih mana-mana file teks(.txt) yang ingin dibuka.

2. Klik kanan file yang diingin dibuka.

3. Pilih "Open with" > "Choose program…"

notepad2

4. Apabila tetingkap "Open With", klik "Browse…" dan pilih destinasi di mana anda menyimpan perisian Notepad2.

notepad2

5. Setelah kembali ke tetingkap "Open with..", pilih option "Always use the selected program to open this kind of file".

notepad2

6. Klik "OK" dan dengan ini, notepad2 telah menjadi perisian utama untuk file teks(.txt).

Photoscape

August 3rd, 2007
Rencana berkaitan:-
Picasa
     Di rencana Picasa, saya pernah memberikan sedikit pengenalan mengenai perisian untuk menyunting imej dan foto. Kali ini saya ingin memperkenalkan satu lagi perisian untuk tujuan yang sama iaitu Photoscape. Tapi perisian ini sebenarnya lain dari yang lain.

     Photoscape diperkenalkan oleh kawan korea saya yang bekerja satu pejabat. Pada permulaannya, perisian ini hanya mempunyai versi bahasa korea kerana ianya dibangunkan oleh bangsa korea. Walaubagaimanapun, baru-baru ini, perisian ini telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan dengan ini pengguna antarabangsa mula menggunakan Photoscape. Opps.. lupa nk bagitau, sudah tentu perisian ini PERCUMA.

     Setelah memuat-turun dan menggunakan Photoscape, saya mula meneroka segala fungsi yang terdapat pada Photoscape. Apa yang begitu memeranjatkan saya ialah, perisian ini "terlalu bagus" walaupun ianya percuma!. Di bawah adalah satu contoh gambar yang disunting menggunakan Photoscape. Cuba teka berapa lama masa yang digunakan untuk menghasilkannya? CUMA 5 MINIT!. Saya rasa saya tidak perlu menulis panjang untuk memperkenalkan perisian ini kerana sesiapa sahaja pasti teruja selepas mencuba Photoscape.

Exabytes

July 30th, 2007
Rencana berkaitan:-
Internet-webhosting
Bluehost
Vodahost

     Exabytes merupakan pengendali webhosting yang unggul di Malaysia. Syarikat ini telah lama bertapak dan mempunyai asas yang kukuh. Selain pakej yang ditawarkan adalah murah dan menarik bantuan teknikal(help desk) mempunyai banyak maklumat yang boleh digunapakai oleh penggunanya.
     Di samping shared hosting, vps dan dedicated server, Exabytes menawarkan Ebox - eCommerce in a Box. Pakej ini disertakan dengan pelbagai perisian yang berguna bagi memulakan perniagaan. Dengan Site Builder yang mempunyai ciri mesra pengguna akan memudahkan pembinaan laman yang bermutu tinggi seperti dibina oleh profesional. Tools untuk eCommerce seperti online catalog, product details, shopping cart dan banyak lagi juga boleh disertakan. Photo Gallery, Web Blogger, Newsletter, Events Calendar Contact Form adalah antara terkandung di dalam Ebox ini.
     Dari segi teknikal pula, Exabytes mempunyai 3 data center iaitu Data 393(Colorado, USA), The Planet(Texas, USA) dan TM Net Data Center(Cyber Jaya, Malaysia). Lain-lain informasi mengenai server pula boleh dilayari di laman web Exabytes yang boleh di akses di sini dan pilih pakej yang sesuai untuk anda.